Rabu, 7 Disember 2011

I LOVE YOU:D

TOPS UP,HAND BACK,RADIO ON...
I LOVE YOU CODY SIMPSON
I LOVE YOU


on rainy day...by Gadis KeChiK blog

BEBERAPA TAHUN SEBELUMNYA , DI KELAS 4 STARSHIP ...

Aku memandang keluar tingkap. Hari ini hujan turun agak lebat. "Selamat pagi semua, apa khabar? Kita ada pelajar baru hari ini, pelajar pertukaran. Perkenalkan diri awak". Seorang pelajar lelaki tersenyum pada semua. "Apa khabar semua? Nama saya Muhd Hareez. Awak semua boleh panggil saya Hareez. Harap korang semua dapat beri tunjuk ajar".

"Weh... Budak tu hensem lar.." Alya berkata perlahan. Fara mengangguk tanda setuju. Meraka memandang ke arahku. "Kita masuk line, nak?" Aku memandang Fara dengan pandangan kosong. Aku memandang ke arah tingkap semula, melihat hujan.

"Aku tahu Syiqa tu tak minat. Aku join." Beginilah kami yang digelar trio Starship. Sejak di tahun 1 sekolah ini, kami bertiga berkawan baik dan ditempatkan di kelas Starship. Entah mengapa...

"Emm, Hareez. Awak duduklah di meja kosong itu, bersebelahan Syiqa". Aku tersentak. Alya dan Fara memandang ke belakang, tepat ke arahku. Hareez sedang berjalan ke arahku. "Boleh saya duduk?" Hareez tersenyum kepadaku. Aku terkakumemandang senyumannya itu. Alya berpura-pura batuk untuk menyedarkan aku. "Ah , ehh.. Silakan..."

"Emm, nama awak tadi..." Hareez menegurku. "Siti Nur Syafiqah. Panggil dia Syiqa sahaja. Nama saya Nur Alya Balqis, panggil Alya". Alya pantas menjawab.

"Saya Siti NurFarahin"sambung Fara. Hareez hanya tersenyum kepada mereka. Aku larikan pandangan aku keluar tingkap. Entah kenapa aku berasa tidak senang berada disebelahnya. "Boleh saya share buku dengan awak?". Aku memandang meja Hareez. Ah, padanlah dia budak baru...

"Ok...". Aku meletakkan buku diantara meja kami. Dia merapatiku. Keadaan yang sungguh dekat itu merimaskan aku. Di satu sudut, ada yang memerhatikan kami dengan tajam.

WAKTU REHAT

"Jadi Hareez, nak melihat kawasan sekolah?"Fara bertanya. Hareez hanya mengangguk. "Ah, kalau macam tu, jomlah.." Fara dan Alya bangun, begitu juga Hareez. "Syiqa?" Hareez menoleh ke arahku. "Tak apalah. Aku malas nak keluar." Alya menarik aku. "Jomlah .." Akhirnya aku terpaksa mengikuti mereka.

"Ah. macam tu lah Trio Starship tu. Meluat aku, asal ada budak baru, mesti try." Amir mendengus. Amin hanya menganguk, mengakui kata-kata abang kembarnya. "Gatal betul budak baru tu! Layan jer dorang tu!" Naim menambah. Hakim mengepal penumbuknya.

"Woi, korang ni diamlah!" Nik mengetuk meja dengan kuat. Mereka semua terdiam. "Maaf...Nik..." Mereka berempat berkata. Nik @ Nik Aiman adalah ketua kepada group mereka yang digelar Prince A+ yang terdiri dari flower boys di sekolah itu. "Aku nak makan kat cafe.." Hakim dan Naim bangun. "Biar kami ikut". "Tak payahlah. Aku pergi sorang jer." Mereka mengangguk dan kelibat Nik hilang.

"Tak guna punya mesin air, habis duit aku!" Syiqa menendang mesin air itu. Alya, Fara dan Hareez sudah melangkah pergi. "Argh!Aduh!" Jeritan kecil Syiqa memberhentikan langkah Hareez yang berada di belakang Alya dan Fara. Dia menoleh dan terlihat Syiqa yang terduduk memegang kakinya. "Eh, kenapa ni?" Hareez mendekati Syiqa. Alya dan Fara  yang tidak sedar akan kejadian itu terus melangkah sahaja. Syiqa mengusap kakinya. Hareez melihat dan menyentuh kaki Syiqa.

"Boleh bengkak ni. Apa yang terjadi tadi?" Syiqa diam. "Boleh jalan tak ni?" Syiqa cuba bangun. "Aduh !". "Hmmm...Tak boleh ni. Naik belakang saya." Hareez duduk dihadapan Syiqa. "Eh? Tapi..." Hareez menarik tangan Syiqa, meletakkan diatas bahunya. "Paut kuat2." Syiqa terdiam. Dari jauh, seseorang ternampak mereka. "Jahanam! Hareez, kau cari nahas dengan aku!"

"Macam mana awak nak balik ni?" Hareez bertanya. "Tak apalah. Ada tongkat." Syiqa mencuba berjalan menggunakan tongkat. Belum sampai dua langkah, Syiqa terjatuh. "Aduh..." Hareez menahan ketawa. "Marilah, saya hantar awak." "Tapi..." Hareez tetap mendukung Syiqa. "Nampaknya hari nak hujan lagi, hmm, saya terpaksa bawa awak yang berat ni dengan laju." Syiqa geram. "Yah! Kau yang nak dukung aku sangat! Turunkan aku!". "Jangan bergeraklah, saya bergurau saja." Hujan mula turun. Namun Syiqa tidak merasakan kesejukkan air hujan itu malah dia berasa hangat dibelakang Hareez. "Aku harap masa berhenti.." kata hati kecil Syiqa.

SEBULAN KEMUDIAN...

"Yah! Berita panas! Budak baru tu lamar Syiqa kat bawah!" Amir berkata dalam kepenatan. "Apa?!" Hakim berkata terkejut. Begitu juga Amin. "Eh! Mana Nik? Berita panas ni." kata Amir yang sedang mencari kelibat Nik. "Dia dah blah la." Naim berkata. Mereka melihat keluar tingkap. "Syiqa, saya tahu kita baru kenal...tapi sejak pertama kali saya nampak awakdalam kelas, hati saya telahpun dicuri awak. Syiqa, saya harap awak sudi jadi girlfriend saya..."ayat itu diulang lagi. Syiqa kaku. "Syiqa, saya nak tahu jawapan dari awak..."Syiqa masih diam. "Woi! Kau jangan melebih-lebih!" Hareez ditumbuk seseorang. Dia rebah ke tanah. "Hareez! Apa kau buat ni, Nik?! Syiqa ingin mendekati Hareez tapi Nik menarik Hareez bangun. 

"Kau kena langkah mayat aku dulu untuk dapatkan Syiqa! Syiqa milik aku!" Nik menumbuk Hareez bertubi-tubi. Hareez tidak dapat membalasnya. "Nik! Nik Aiman! Hentikan! Kenapa kau masih ingat kisah dulu? Aku dan kau dah takde apa2. Tu cerita dulu, Nik!" Tumbukan terakhir Nik telah menjatuhkan Hareez yang longlai ke tanah. Malangnya, kepala Hareez terhantuk kuat pada hujung tugu peringatan sekolah itu.

"Hareez!" Syiqa terkejut melihat kepala Hareez berdarah. Nik juga terkejut. "Hareez... Nik! kau tengok apa kau dah buat?! Hareez, sedarlah...Sesiapa tolong panggilkan ambulans! Panggil cikgu, cepat!!" Suara Syiqa mematikan rasa terkejut orang ramai yang melihat dan mula bertindak.

"Syiqa...." Suara lemah Hareez menampar telinga Syiqa. "Hareez? Bertahan ya? Ambulans akan sampai... bertahanlah.." Hareez menggenggam tangan Syiqa yang berada di pipinya. "Saya...nak tahu...jawapan dari awak!" kata Hareez yang sedang berada di dalam kesakitan. "Hareez, yang penting sekarang ni awak! Nik, aku takkan maafkan kau!" kata2 Syiqa membuatkan Nik terduduk.

"Syiqa....jawablah saya...." Air mata Syiqa membasahi pipi. "Hareez, aku sudi.. so, bertahanlah.." Hareez tetap tersenyum manis walaupun dalam kesakitan. "Syiqa... Saya cintakan awak... Jangan lupakan saya tau ..." mata Hareez tertutup perlahan. "Hareez! Jangan tinggalkan aku! Bertahanlah! Hareez!"

Hujan turun setitik demi setitik dan semakin banyak. Lelaki itu telah pergi. Badannya mulai sejuk. Syiqa menangis semahunya sambil memeluk badan itu, lelaki kesayangannya telah pergi meninggalkan dirinya kesepian. Hujan yang menyaksikan pertemuan mereka buat kali pertama, juga melihat perpisahan mereka yang kekal abadi.

KINI....

Aku memandang langit. Awan hitam mulai menutupi langit yang membiru. Umpama kesepian menutup kegembiraan. Aku terlihat sebuah keluarga yang berjalan laju meninggalkan kawasan itu. Bahagianya kalau Hareez masih hidup... Adakah kami sudah berkahwin dan mempunyai anak? 

Aku tersenyum kecil. Hujan renyai mulai turun. Aku masih berdiri di situ, dalam hujan. Muhd Hareez...saat hujan, aku selalu teringatkan kau. Ya, di waktu hujan berginilah kita bertemu...dan diwaktu hujan jugalah kita berpisah. Hareez, aku cintakan kau sepanjang hayatku.. itulah janjiku padamu. Aku akan sentiasa mengingati kisah kita. Our love, on rainy days....

TAMAT .... >.< !


aku ambik ni dari blog seseorang...sory ye kalau dia tahu....cerita yang sad:(

AWESOME DAY!!!:)




I LOVE YOU SO MUCH!!

SAYA SAYANG SANGAT AWAK!!!
SEMALAM BARU MIMPI PASAL AWAK!!!
KENAPA AWAK SELALU MUNCUL DALAM FIKIRAN AKU!!!!
CRAZY ABOUT YOU NOW!!!
SOWHAT!!ILY:)

Selasa, 6 Disember 2011

Isnin, 5 Disember 2011

CUTE DOMO:3

CUTE DOMO:3